Wednesday, December 9, 2009

Mufti Selangor Tak Sokong Asri Masuk Disco

Sinar 8hb Dis 2009


Cara Asri Tidak Kena: Mufti Selangor

“ Pendekatan itu macam tidak betul... apa yang saya nampak aktiviti di pusat-pusat hiburan itu akan mencemarkan imej dan pandangan masyarakat terhadap pendakwah.”

“ Ibarat hendak membersihkan tong najis, pastinya kita akan bersihkan tong itu daro luar. Sekiranya kita bersihkan dari dalam tentu kita pun akan terkena najis itu.”


Mufti Selangor tidak sokong hasrat Asri.

“ Pendakwah kena jaga maruah, elak dipandang serong masyarakat.”

“ Hasrat Asri berdakwah di pusat hiburan tidak bersesuaian dengan matlamat dakwah”

Lain pula pendapat Ariffin Yasin – Pen. Editor Edisi Pahang dalam rencana “7 Minit” nya

“ Kesungguhan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainak Abidin mahu berdakwah di disco, perlu disokong semua pihak. …… Sepatutnya ushaha dakwah di pusat hiburan termasuk karaoke dilakukan oleh pegawai pejabat agama di negeri masing2”

“ Keberanian Dr Asri itu mendapat reaksi Presiden Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia, Jurey Latif Rosli yang menyifatkan Dr Asri untuk berdakwah di pusat hiburan sebagai tindakan berani dan murni. Cuma yang menimbulkan pertanyaan , apakah peranan orang jabatan agama untuk sama-sama melaksanakan tanggungjawab itu? Tidakkah mereka tercabar kerana ada pihak lain berani masuk disco untuk menyampaikan risalah agama Allah ini.

Mungkin selepas ini, ramai lagi pertubuhan NGO menyokong usaha itu. Paling menyedihkan, belum ada mana-mana parti politik yang didokong ramai kaum Melayu tetapi berani mahu berdakwah di disco, pusat karaoke, dan kedai judi yang ramai dikunjungi orang Melayu.

Dalam hal ini, semua pihak termasuk ulama kepartian perlu tolak ke tepi perbezaan politik masing-masing. Sebaliknya mereka perlu memikirkan, bagaimana mahu menarik golongan muda Melayu kembali ke pangkal jalan melalui dakwah berhemah saperti bersembang dan tukar fikiran bersama golongan itu..”

No comments: