Wednesday, December 9, 2009

Artis Sokong Bekas Mufti Masuk Disco

Di Sinar Harian – 7hb Dis 2009

Perkenalkan dakwah cara baru untuk bantu remaja Islam perlu disokong. Sudah sampai masanya untuk pihak berkuasa untuk mengubah cara penyampaian dakwah yang sesuai untuk ditujukan kepada sasaran yang hendak disampaikan. Kalau belia menjadi sasaran, maka penyampaian dakwah perlulah diadakan di sekitar dimana kebanyakan belia berada, dengan cara2 yang bolih menarik minat mereka sekurang2nya untuk mendengar. Mesti gunakan cara2 yang kreatif selagi ianya tidak melanggar hukum syarak.

Cara2 penyampaian ceramah tradisi yang selama ini hanya melalui system resmi melalui ceramah2 di radio, TV, mesjid2 dan surau2 adalah secara menyeluruh dan umum. Tak hairanlah nampaknya cara sedemikian sudah tidak berapa berkesan.

Sama juga kalau dibandingkan cara dalam menjalankan sesuatu perniagaan. Untuk berjaya, peniaga ( keuntungan sebagai matlamatnya ) perlu tahu bagaimana untuk menarik dan mendapatkan minat bakal2 pembeli untuk membelia barang2 jualannya. Dia perlu mengunakan sesuatu strategi perniagaan dan mesti kreatif kalau nak bertanding dengan peniaga2 yang lain dalam bidang yang sama.

Aktiviti2 penyampaian dakwah juga perlu menggunakan pendekatan sedemikian.

Untuk penyampaian dakwah kepada kumpulan belia2 yang suka mengunjungi disco atau tempat2 hiburan yang lain, sudah tentulah uztaz yang berjubah atau berkopiah lebih lagi yang berumur pula, tak sesuai langsunglah untuk ke situ. Anggapan lain ( negatif) pula akan berlaku. Bolih jadi dia akan di anggap sebagai seorang yang tak siuman atau dah nyanyuk. Sudah tentu pendakawah yang sesuai hendaklah hampir2 sama usia, berpakaian pula mengikut fesyen se “zaman” atau bercakap dalam lenggok yang digemari olih kumpulan yang disasarkan. Sebagai tindakan awal, pendakwah2 perlu berdamping dan bergaul dengan kumpulan tersebut untuk berkenal2lan dahulu. Bila mereka sudah diterima olih kumpulan tersebut dengan selesa, barulah pendakwah sedikit demi sedikit dengan berhemah, memberi nasihat2 supaya mereka itu mula bolih berfikir sendiri untuk berubah ke arah kebaikan ( bukan mengajar ilmu agama terus ). Ini memang akan mengambil masa yang lama dan pendakwah2 perlu melakukannya dengan sabar.

Mesti diingat bahawa objektif utama ialah pada akhirnya untuk penyampaikan ilmu agama yang BENAR yang berkesan dalam koteks ... kumpulan sasaran perlu mendengar APA yang disampaikan bukan semestinya SIAPA yang menyampaikan. Pendekatan perlu ditumpukan kepada aspek yang membolihkan kumpulan belia itu mula berfikir sendiri atas apa yang di dengarnya. Semuga Allah membuka hati sesiapa yang dipilihnya, maka mereka ini akan dengan sendirinya mencari kebenaran dengan menghadiri kursus2 ilmu di mana sahaja di adakan, mendengar perbincangan agama di radio dan sebagainya.

Mengapa perlu ditujukan kepada remaja Islam sahaja? Elok juga kalau diperkenalkan dakwah cara baru dan terbaik untuk golongan2 lain.

Strategi2 yang mengunakan pendekatan yang sama juga perlu difikirkan dan digunakan untuk mendekati sasaran2 lain saperti;

1. Warga mas yang berkedudukan tinggi masa kerjayanya ( yang ingin, atas kesedarannya, menghabiskan masa hidupnya untuk beribadah kepada Allah, tapi mungkin sekarang malu untuk bersama2 masyarakat umum ),
2. Masyarakat kampung ( kemungkinan kurang ilmu Islam yang sebenarnya dan masih memegang amalan ikut2tan selama ini ),
3. Masyarakat orang asli ( yang sudah tentu perlu diperkuatkan Ilmu Islam yang sebenarnya),
4. Ahli-ahli perniagaan yang biasanya lebih menggunakan pendekatan sistem kapitalis yang mereka belajar ( yang mungkin kurang kepahaman tetapi perlu dibantu dalam ilmu perniagaan berlandaskan hukum Islam )
5. Ahli-ahli korporat dan pegawai kerajaan yang kebanyakan telah menerima latihan ala sistem kapitalis ( yang perlu didedahkan dengan ilmu pengurusan berlandaskan hukum2 Islam yang akan memantap kemahiran pengurusan dan sifat amanah yang dapat menghindarkan penyelewengan dan budaya rasuah ).
6. Masyarakat pendidikan ( yang mesti memahami tugas murninya dan ganjaran di sisi Islam sebagai satu motivasi dalam mencurah segala usaha untuk membina insan yang bertaqwah)
7. Masyarakat dunia hiburan ( yang kebanyakan meniru cara budaya barat olih itu perlu dibimbing dengan ilmu agama)
8. Masyarakat bukan islam ( yang teringin untuk mengetahui tentang Islam yang benar ).
9. Jangan lupa juga orang2 politik supaya mereka dapat mentadbirkan negara berlandaskan hukum2 Islam ( di mana sekarang agama selalunya dipergunakan dengan sewenang2nya semata2 untuk kepetingan poitik masing2)


Olih demikian rancangan yang disarankan olih bekas Mufti Perlis itu adalah terbaik dan tindakan yang berani. Sokongaan dari TV Malaysia untuk menyiarkan aktiviti tersebut di atas juga tepat, sesuai dan sangat2 dialu-alukan. Insyaalah Allah akan membantu segala cabaran2 yang telah, sedang dan akan dilalui olih Dr Asri.

Persoalannya sekarang apakah rancangan masa depan yang akan di jalankan olih jabatan2 ugama saperi JAIS dan JAKIM? Ini adalah satu tamparan kuat dan cabaran kepada jabatan tersebut. Masihkah patut pegawai2nya berkisar di dalam pejabat yang selesa berhawa dingin untuk memanaskan kerusi dan hanya bertindak dan berhujah dengan ketiadaan dalil yang kuat, tetapi hanya atas kekebalan kuasa ciptaan manusia yang ada? Fikir2lah hukum Allah dalam perentahnya yang terang2 menyuruh supaya “seseorang harus menyampaikan sungguh pun satu ayat Allah”. Inilah TAULIAH dari Allah kepada semua orang yang beriman. Apakah JAIS yang tidak membenarkan seseorang menyampaikan satu kalimah pun di Selangor jika tidak mempunyai tauliah dari JAIS itu mengatasinya "tauliah Allah"? Diharap supaya pihak yang berkenaan merenung2kanlah hasil akibat dari tindakan2 mereka, sebagai individu atau jabatan. Cari dan ushahakanlah pendekatan baru yang terbaik.. Insyaallah, Allah itu Maha Pengampun dan Maha Mengetahui.

No comments: